Hikmah Madu & Lebah
Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 68-69 bermaksud:
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat
sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di
bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala
jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah
jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu".
(dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan
warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit).
Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan
Allah) bagi orang yang mahu berfikir.
Lebah merupakan serangga terpilih berbanding dengan serangga-serangga
yang lain. Justeru, Allah SWT menurunkan surah al-Nahl dengan ayat-ayat yang
lengkap mengenai lebah dan kehidupannya. Bahkan, pemilihan nama surah ‘al-Nahl’
adalah merujuk kepada maksud lebah itu sendiri. Pengungkapan mengenai lebah
dalam ayat al-Quran di atas adalah merupakan tanda kebesaran dan keagungan
Allah SWT. Manusia yang mengkaji tentang kehidupan lebah dan madu yang
dihasilkan oleh serangga ini sudah tentu akan mengagumi haiwan ini. Kekaguman
terhadap serangga ini akan membawa kepada hakikat wujudnya Yang Maha Berkuasa
dan Yang Maha Pencipta iaitu Allah SWT. Selain itu, kita juga dapat mengambil
pengajaran dan pengiktibaran daripada kehidupan lebah yang boleh mendatangkan
manfaat dalam kehidupan seharian.
Allah telah memberikan ilham atau naluri kepada lebah agar membuat
sarang di kawasan pergunungan, di pepohonan kayu, atau di
bumbung-bumbung rumah. Seterusnya, pekerjaan lebah ialah menghirup
sari bunga dan buah untuk menghasilkan madu. Madu yang diperoleh daripada lebah
dapat dijadikan sebagai ubat dan penawar kepada manusia terutamanya
dalam mempastikan kesihatan tubuh badan yang stabil.
surah Al-Nahl, ayat 1-9 mengenai lebah ..
surah Al-Nahl, ayat 1-9 mengenai lebah ..
No comments:
Post a Comment