Tuesday, 29 December 2015

Lebah dan Madu Menurut Al-Quran dan Al-Hadis



     Allah SWT berfirman, “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.” (An-Nahl 16: 68-69)

ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

    Rasulullah SAW bersabda, “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (HR Ibnu Majah, at-Tirmizi)
Lebah merupakan antara serangga yang disebut di dalam Al-Quran selain semut (an-Naml) dan labah-labah (al-‘Ankabuut). Sifat lebah yang hidup secara berkoloni (berjamaah) dan sifat serta sikapnya yang bekerja berasaskan pembahagian tugasan serta disiplin yang tertentu, merupakan ibrah dan panduan yang seharusnya kita sebagai manusia teladani. Lebah hidup bersosial, bekerjasama dan saling bergantungan. 

   Dalam kelompok lebah, ada yang berfungsi sebagai lebah ratu (tunggal), ada lebah jantan dan majoriti adalah lebah pekerja, iaitu lebah betina yang mempunyai sistem reproduksi tidak berkembang, dan kepelbagaian fungsi tugas ini perlu-memerlukan. Seperti yang dinyatakan dalam ayat surah An-Nahl di atas, Allah SWT menggambarkan lebah telah diperintahkan olehNya untuk membuat sarang-sarang di tempat-tempat tertentu seperti di bukit-bukit, di pokok-pokok , malah ditempat-tempat khas yang dibina oleh manusia. Daripada sifat inilah, lebah memilih nutrien-nutrien yang istimewa dari khazanah alam dan seterusnya menghasilkan madu. Lebah bukan sekadar memilih yang terbaik untuk diri mereka sendiri, malah memberi yang terbaik untuk manfaat yang lainnya.

      Madu lebah dipercayai mempunyai kelebihan yang tersendiri. Hadis baginda Rasulullah SAW menggambarkan kedua-dua madu dan Al-Quran merupakan syifa’ (penawar) yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat manusia, dan terpulanglah kepada manusia untuk memanfaatinya. 

      Penggunaan madu dalam penjagaan kesihatan telah diamalkan sejak zaman Rasulullah dan para sahabat. Madu adalah antara makanan kegemaran Rasulullah(SAW) sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis berikut yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Tarmizi (Muhammad bin Yusuf bin Isa 1987, no. hadis 5682) dari ‘Aisyah RA:                     
           “Nabi(SAW) amat gemar pada makanan yang manis-manis dan madu.”

KISAH MADU LEBAH :



Latar Belakang

  LATAR BELAKANG ...



    Madu merupakan salah satu sumber makanan yang baik. Asam amino, karbohidrat, protein, beberapa jenis vitamin serta mineral adalah zat gizi dalam madu yang mudah diserap oleh sel-sel tubuh. Madu mengandung sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi, fosfat dan vitamin, seperti vitamin E, vitamin C, vitamin B1, B2 dan B6.

     Selain itu, madu juga mengandung antibiotik yang berguna untuk melawan bakteri patogen penyebab penyakit infeksi, sehingga pertumbuhan beberapa mikroorganisme yang berhubung dengan penyakit atau infeksi dapat dihambat oleh madu.

     Di Indonesia terdapat beberapa jenis madu yang dihasilkan secara berkesan, iaitu madu Randu (Ceiba pentandra), madu Rambutan (Nephelium lappaceum), dan madu Hutan. Jenis madu yang dihasilkan oleh lebah madu dipengaruhi oleh nektar yang dikumpulkan dari pelbagai jenis bunga untuk menghasilkan madu.

     Akhir sekali, dalam bidang perubatan, madu mendapatkan perhatian untuk digunakan sebagai agen antibakteria dalam rawatan ulser, luka, dan jangkitan lain akibat luka bakar mahupun luka lain. Keberkesanan dalam mengatasi jangkitan dan mempercepatkan proses pemulihan disebabkan oleh adanya aktiviti antibakteria yang terdapat pada madu.




Wednesday, 23 December 2015

Pengenalan

PENGENALAN ... 
      Al-Quran merupakan sumber hukum yang pertama manakala hadis pula merupakan sumber hukum kedua. Di dalam Al-quran dan hadis banyak sekali memuat tentang kehidupan ini termasuk alam, buah-buahan dan haiwan. Banyak dari Al-quran yang memberikan sebuah gambaran yang menunjukkan keEsaan-Nya. Hal itu dibuktikan dengan kesesuaian antara yang diisyaratkan oleh Al-quran dengan berbagai penemuan-penemuan para ilmuwan. Meskipun tidak secara medalam dan jelas. Dalam Al-quran secara jelas menjelaskan bagaimana lebah diperintahkan oleh Allah SWT untuk membuat sarang dengan mengambil makanan (getah) dari berbagai spesis tanaman untuk menghasilkan sejenis minuman iaitu madu yang digunakan sebagai ubat dan penawar untuk segala penyakit.

    Lebah adalah makhluk khusus ciptaan Allah yang banyak memberikan manfaat dan kenikmatan kepada manusia dan Allah telah memberikan gambaran melalui makhluk kecil ini yang dijelaskan di dalam Al-quran. Terdapat banyak ditemukan manfaat secara ilmu pengetahuan yang sangat berguna di dalam lebah yang kecil tersebut. Terdapat beberapa kajian telah dijalankan yang mana hanya tertumpukan kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuhan-tumbuhan dan buah-buahan, contohnya seperti madu lebah. Madu lebah mempunyai banyak manfaat dan keistimewaannya tersendiri. Dalam Al-quran dan hadis ada mengatakan bahawa madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

     Di dalam Al-Quran pada surah "An-Nahl" (lebah) telah menceritakan tentang kewujudan lebah madu. Sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam ayat 68-69 surah "An-Nahl" yang bermaksud :


Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang
bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat
yang boleh menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya yang demikian itu, benar-benar
terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang
yang memikirkannya.

    Dalam surah tersebut juga Allah S.W.T. telah menerangkan bahawa madu juga boleh dijadikan ubat kepada manusia selain dijadikan makanan. Ayat 68-69 ini juga dinamakan ayat "syifa" iaitu ayat penyembuh.

    Lebah juga sudah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir Dinasti Pertama pada tahun 300 sebelum masihi. Beliau menggunakan lebah sebagai manisan dan dijadikan mata wang serta lambang sejarah.





                      

Penghargaan


  PENGHARGAAN ...
      
       Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurniaNya kami dapat menyiapkan e-folio dengan jayanya.


      Tugasan ini bertajuk ''Manafaat dan keistimewaan madu lebah menurut Al-Quran dan Al-Hadis'' akan memberikan sedikit sebanyak pendedahan tentang latar belakang, kebaikan, hikmah dan sejarah  tentang madu lebah menurut Al-Quran dan Al-Hadis. Dalam menjelaskan latar belakang dan sejarah madu lebah, kita akan menyelusuri pula dengan manafaat dan keistimewaan madu lebah menurut Al-Quran dan Al-Hadis. 

     Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Ustazah Suria Bt Embong kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjalankan tugasan ini. Selain itu, terima kasih kepada rakan-rakan ahli kami kerana bertungkus-lumus  mencari idea dan mengeluarkan pendapat bagi menyelesaikan tugasan ini.
   
    Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami kerana sanggup membantu kami dari segi kewangan.    

    Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam  menyudahkan tugasan tentang manafaat dan keistimewaan madu lebah menurut Al-Quran dan Al-Hadis dan berharap hasil kerja kami dapat memberikan penjelesan terhadap tajuk yang diberi .

Sekian, terima kasih.