Wednesday, 23 December 2015

Pengenalan

PENGENALAN ... 
      Al-Quran merupakan sumber hukum yang pertama manakala hadis pula merupakan sumber hukum kedua. Di dalam Al-quran dan hadis banyak sekali memuat tentang kehidupan ini termasuk alam, buah-buahan dan haiwan. Banyak dari Al-quran yang memberikan sebuah gambaran yang menunjukkan keEsaan-Nya. Hal itu dibuktikan dengan kesesuaian antara yang diisyaratkan oleh Al-quran dengan berbagai penemuan-penemuan para ilmuwan. Meskipun tidak secara medalam dan jelas. Dalam Al-quran secara jelas menjelaskan bagaimana lebah diperintahkan oleh Allah SWT untuk membuat sarang dengan mengambil makanan (getah) dari berbagai spesis tanaman untuk menghasilkan sejenis minuman iaitu madu yang digunakan sebagai ubat dan penawar untuk segala penyakit.

    Lebah adalah makhluk khusus ciptaan Allah yang banyak memberikan manfaat dan kenikmatan kepada manusia dan Allah telah memberikan gambaran melalui makhluk kecil ini yang dijelaskan di dalam Al-quran. Terdapat banyak ditemukan manfaat secara ilmu pengetahuan yang sangat berguna di dalam lebah yang kecil tersebut. Terdapat beberapa kajian telah dijalankan yang mana hanya tertumpukan kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuhan-tumbuhan dan buah-buahan, contohnya seperti madu lebah. Madu lebah mempunyai banyak manfaat dan keistimewaannya tersendiri. Dalam Al-quran dan hadis ada mengatakan bahawa madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

     Di dalam Al-Quran pada surah "An-Nahl" (lebah) telah menceritakan tentang kewujudan lebah madu. Sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam ayat 68-69 surah "An-Nahl" yang bermaksud :


Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang
bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat
yang boleh menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya yang demikian itu, benar-benar
terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang
yang memikirkannya.

    Dalam surah tersebut juga Allah S.W.T. telah menerangkan bahawa madu juga boleh dijadikan ubat kepada manusia selain dijadikan makanan. Ayat 68-69 ini juga dinamakan ayat "syifa" iaitu ayat penyembuh.

    Lebah juga sudah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir Dinasti Pertama pada tahun 300 sebelum masihi. Beliau menggunakan lebah sebagai manisan dan dijadikan mata wang serta lambang sejarah.





                      

No comments:

Post a Comment