Allah SWT berfirman, “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.” (An-Nahl 16: 68-69)
ثُمَّ كُلِي مِنْ
كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا
شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً
لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Rasulullah
SAW bersabda, “Ambillah / pergunakanlah olehmu
sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (HR Ibnu Majah, at-Tirmizi)
Lebah
merupakan antara serangga yang disebut di dalam Al-Quran selain semut (an-Naml)
dan labah-labah (al-‘Ankabuut). Sifat lebah yang hidup secara berkoloni
(berjamaah) dan sifat serta sikapnya yang bekerja berasaskan pembahagian
tugasan serta disiplin yang tertentu, merupakan ibrah dan panduan yang
seharusnya kita sebagai manusia teladani. Lebah hidup bersosial, bekerjasama
dan saling bergantungan.
Dalam kelompok lebah, ada yang berfungsi sebagai lebah
ratu (tunggal), ada lebah jantan dan majoriti adalah lebah pekerja, iaitu lebah
betina yang mempunyai sistem reproduksi tidak berkembang, dan kepelbagaian
fungsi tugas ini perlu-memerlukan. Seperti yang dinyatakan dalam ayat surah
An-Nahl di atas, Allah SWT menggambarkan lebah telah diperintahkan olehNya
untuk membuat sarang-sarang di tempat-tempat tertentu seperti di bukit-bukit,
di pokok-pokok , malah ditempat-tempat khas yang dibina oleh manusia. Daripada
sifat inilah, lebah memilih nutrien-nutrien yang istimewa dari khazanah alam
dan seterusnya menghasilkan madu. Lebah bukan sekadar memilih yang terbaik
untuk diri mereka sendiri, malah memberi yang terbaik untuk manfaat yang
lainnya.
Penggunaan madu dalam penjagaan kesihatan telah diamalkan sejak zaman Rasulullah dan para sahabat. Madu adalah antara makanan kegemaran Rasulullah(SAW) sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis berikut yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Tarmizi (Muhammad bin Yusuf bin Isa 1987, no. hadis 5682) dari ‘Aisyah RA:
“Nabi(SAW) amat gemar pada makanan yang manis-manis dan madu.”
KISAH MADU LEBAH :